Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 1, 2009

Golf

Golf adalah sukan di mana pemain menggunakan pelbagai jenis 'club' termasuk kayu, besi dan 'putters', mencuba untuk memukul bola dan memasukkan ke dalam setiap lubang di padang golf dalam jumlah pukulan terendah.

Asal usul sukan golf adalah tidak jelas bagaimanapun mengikut teori sejarah golf yang banyak diterima menyatakan sukan golf berasal dari Scotland dalam abad ke-12 dimana penggembala kambing pada waktu itu akan mengetuk batu ke dalam lubang arnab.

Ahli arkeologi juga pernah mendakwa bahawa sukan golf pernah terdapat pada hiroglif berasaskan tablet batu bertarikh bagi kaum Mesir purba. Chui Wan ('chui' bermaksud memukul dan 'wan' bermaksud bola kecil dalam bahasa Cina) merupakan sejenis permainan dimana para pemain akan menolak bola dengan kayu ke dalam lubang.

Golf dimainkan di sebidang tanah yang dinamakan padang golf. Satu padang mengandungi satu siri lubang. Berlainan peringkat rumput menunjukkan tingkat kesukaran bagi pemain.

Satu padang golf biasa mengandungi lapan belas lubang, tetapi untuk padang yang lebih kecil mungkin hanya mempunyai sembilan lubang sahaja.

Sumber: Sinar Harian

No comments: