Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 1, 2009

Jelapang

Bangunan yang menempatkan jabatan kerajaan berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan di Jelapang, Ipoh, Perak. (imej dari ipohchai.com)

Terletak di daerah Kinta adalah bandar satelit bagi bandar raya Ipoh, Perak. Jelapang menjadi pelengkap bagi bandar Ipoh yang semakin berkembang. Antara tempat yang berdekatan dengan Jelapang ialah Meru, Sungai Rokam, Pekan Razaki, Tasek, Kampung Tawas dan lain-lain.

Jelapang bermaksud tanah lapang dan biasanya dikaitkan dengan tanaman padi. Namun daerah Jelapang bukanlah kawasan sawah padi dan tidak pernah ditanam dengan padi kerana kawasan ini agak tinggi dengan tanah jenis laterit.

Jelapang merupakan kawasan penempatan industri iaitu Kawasan Perindustrian Jelapang.

Bandar ini terletak di sebelah kiri Lebuh Raya Utara-Selatan. Sebuah pintu tol dibina di sini. Malangnya kemalangan selalu terjadi kerana kenderaan yang datang dari arah Changkat Jering sering terbabas dan melanggar jurutol kerana laluannya curam, selekoh tajam dan muncul secara tiba-tiba.

Sumber: Sinar Harian

No comments: