Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 6, 2009

Bergaul dan memencilkan diri

Ibn Umar r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Orang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar menerima penganiayaan, adalah lebih baik daripada orang yang tidak menggauli orang ramai dan tidak sabar terhadap penganiayaan mereka".

(Dikeluarkan oleh Ibn Majah)

Abi Said al-Khudri r.a bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Manusia manakah yang lebih utama?"

Jawab Rasulullah SAW:

"Orang Mukmin yang berjihad pada jalan Allah dengan jiwa dan hartanya".

"Kemudian siapa?"

Jawab Rasulullah SAW lagi:

"Orang yang beribadat di tempat sunyi dan yang mengasingkan diri daripada kejahatan manusia".

(Riwayat al-Bukhari)

Kesimpulan dan pengajaran
  1. Orang mukmin yang paling baik di sisi Allah ialah mereka yang cergas berkecimpung dalam masyarakat sambil mencegah kemungkaran dalam keadaan tetap memegang keperibadian Muslim.
  2. Mukmin yang lemah tidak bersedia menghadapi masyarakat kerana imannya yang lemah masih belum dianggap sebagai seorang mukmin yang sempurna.
  3. Orang yang mengasingkan diri dari masyarakat adalah orang yang lemah, sekalipun ia dapat beribadat dengan sepenuh hati di tempat-tempat sunyi. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai keyakinan dan keimanan.
  4. Mereka yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya adalah tergolong ke dalam golongan orang mukmin.
  5. Bergaul dengan masyarakat dan berjihad dengan harta dan jiwa adalah sebaik-baik amalan bagi mencapai taraf mukmin yang sempurna.
Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj. Abdullah Hj. Abd. Wahab

No comments: