Nama jalanannya Methylenedioxy-metaphetamine (MDMA) yang terhasil daripada analog meskalin dan amfetamin. Ia juga dikenali sebagai 'feel good drug' yang boleh meningkatkan daya tahan pengguna dan menghasilkan kesan euphoria. Nama jalanan yang lain adalah XTC, adam, hub, pil kuda, love drug, lover's speed, playboy dan pink lady.
Dadah jenis ini biasanya berbentuk tablet dalam pelbagai corak dan warna. Ia dibentuk sedemikan rupa untuk memenuhi citarasa pengguna muda yang popular diambil secara oral (telan).
Di Malaysia, penggunaan ecstasy dikesan pada pertengahan 1990. Bagi mengawal penyalahgunaan tersebut, pihak kerajaan telah memasukkan kesalahan memiliki dan menggunakan ecstasy di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ecstasy berupaya memberi kesan awalan kepada sel saraf (neuron) ke dalam otak menggunakan serotonin (sebatian kimia dalam sistem saraf pusat) untuk berhubungan dengan sel saraf yang lain.
Serotonin adalah sebatian kimia yang memainkan peranan penting dalam perubahan mood, keagresifan, aktiviti seksual, tidur dan sensitiviti kesakitan. Ecstasy juga akan mengikat 'serotonin transporter' iaitu bahan yang bertanggungjawab mengeluarkan serotonin daripada sinap (ruang antara sel saraf) dan menghentikan signal antara sel saraf. Oleh itu, lebihan serotonin boleh menyebabkan gejala-gejala negatif psikologikal dan fisiologikal.
Kesan-kesan psikologikal akibat penggunaan ecstasy ini adalah:
- Confusion (kekeliruan)
- Depresi
- Gangguan tidur
- Gian
- Kebimbangan yang teruk
- Paranoid
- Kurang tumpuan
- Mengurangkan daya memori
Kesan fisiologikal akibat penggunaan ecstasy ini:
- Peningkatan kadar denyutan jantung
- Tekanan darah tinggi
- Ketegangan otot
- Penglihatan kabur
- Kesejukan
- Pitam
- Sakit kepala
- Sembelit
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan rawatan bagi dadah jenis ini dengan memperkenalkan model Matrix untuk memulihkan pengguna atau penagih dadah jenis itu.
Model itu menekankan elemen-elemen pencegahan relaps, terapi kognitif tingkah laku, psiko-pendidikan, pendekatan kekeluargaan dan program sokongan 12 langkah.
Melalui pendekatan itu, peserta dikehendaki mengikuti beberapa sesi kaunseling dan bimbingan secara intensif seperti sesi individu atau keluarga, sesi berkelompok kemahiran kepulihan awalan, sesi kelompok pencegahan relaps dan sesi kelompok pendidikan keluarga.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.adk.gov.my
Sumber: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
No comments:
Post a Comment