"Sentiasa ada satu golongan dari umatku yang terus tolong-menolong dan bekerjasama hinggalah sampai hari Kiamat, dan mereka mendapat kemenangan."
(Riwayat Bukhari)
Dalam hadis Thauban yang diriwayatkan oleh Muslim:
"Mereka tolong-menolong di atas kebenaran, mereka tidak dapat ditewaskan oleh orang yang cuba menggagalkannya sehinggalah hari Kiamat dan mereka terus menang."
(Riwayat Muslim)
Kesimpulan dan pengajaran
- Hadis mengajarkan umat Islam supaya menjadi anggota golongan yang berjuang di atas dasar kebenaran dan bekerja keras menegakkannya.
- Pendokong kebenaran tidak sepatutnya berputus asa dalam menunaikan tugas dan pada masa-masa ditimpa bencana. Ia harus yakin bahawa ia tetap akan mendapat kemenangan.
- Agama Islam adalah agama kebenaran, ia telah dijamin mendapat kemenangan oleh Allah SWT sehingga sampai hari Kiamat. Dengan itu gerakan dakwah sentiasa ada pada bila-bila masa. Di samping itu puak batil tetap pula berusaha menentang usaha-usaha ini, sama ada mereka orang Islam sendiri atau lebih-lebih lagi orang bukan Islam.
Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj. Abdullah Hj. Abd. Wahab
No comments:
Post a Comment