"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah amalan yang lebih disukai Allah SWT? (Dalam satu riwayat lain: Apakah amalan yang lebih utama?) Jawab Rasulullah: "Sembahyang dalam waktunya." "Kemudian apa pula?" Jawab Rasulullah SAW "Berbuat baik kepada ibu bapa." "Kemudian apa lagi?" Jawab Rasulullah SAW "Berjihad pada jalan Allah." Kata Abdullah bin Mas'ud, "Rasulullah telah bercakap semuanya itu, kalau aku minta tambahan lagi nescaya Rasulullah menambahnya."
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi)
Kesimpulan dan pengajaran
- Sembahyang mestilah dilakukan pada waktunya yang ditentukan. Apabila ditinggalkan maka ia berdosa besar.
- Hadis ini mengingatkan mereka yang malas menunaikan sembahyang, atau suka bertangguh-tangguh bahawa perbuatannya itu tidak disukai Allah. Seboleh-bolehnya sembahyang itu hendaklah ditunaikan dengan segera apabila masuk waktunya.
- Hadis ini juga mengajarkan umat Islam supaya suka mengerjakan amalan yang utama mengikut keadaan dan masa. Kalau dalam perang maka berperang lebih utama, dan pada masa itu cukuplah sembahyang wajib ditunaikan dengan ringkas sahaja.
- Berbuat baik kepada ibu bapa adalah kewajipan yang diwajibkan oleh Allah sebagai membalas jasa mereka, sama ada semasa hidupnya atau selepas matinya.
- Berjihad adalah satu kewajipan orang Islam mengikut kemampuan masing-masing sama ada dengan harta, moral dan jiwa. Firman Allah, maksudnya, "Dan mereka yang berjihad pada Kami, nescaya Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami, iaitu kemenangan dan kejayaan dari dunia hingga akhirat." (al-Ankabut: 69).
Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj. Abdullah Hj. Abd. Wahab
No comments:
Post a Comment