Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, October 26, 2009

Karom

Tiada siapa yang mengetahui bila permainan karom bermula dan di mana.

Di peringkat awal, permainan karom yang hampir sama dimainkan kira-kira 2,000 tahun dahulu di zaman Makam Tua Abbysinian (kebudayaan Indo-Iran).

Ada sebahagian yang mengatakan permainan karom dari Timor, Asia Tengah Selatan.

Tiada siapa yang mengetahui bagaimana permainan karom diwujudkan di sebahagian besar negara India.

Ada yang mengatakan karom direka cipta Maharaja India tetapi asal-usul permainan karom tidak diketahui secara jelas.

Apa yang diketahui lebih sedekad lalu karom dimainkan orang India bersama keluarga di rumah dan masa lapang.

Apabila mereka dewasa permainan ini terus dikembangkan menjadi sebahagian aktiviti harian dan diterima pelbagai peringkat masyarakat.

Bagaimanapun, pelbagai versi karom yang dimainkan di dunia timur Arab termasuk Arab Saudi, Kuwait dan Yaman, Asia Tengah dari Turkmenistan hingga Afghanistan dan dari timur seperti China, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Apabila budaya timur diminati generasi baru dari Eropah di awal tahun 60'an, karom mula bertapak di kebanyakan rumah dan kelab sukan.

Pada sekitar tahun 70'an import komersil dari India bermula dan beberapa pertunjukan diadakan di Eropah seperti di Switzerland, Jerman, Belanda dan Itali.

Penghijrahan pendatang dari Asia ke negara Eropah dan Amerika Syarikat juga adalah salah satu punca karom turut berkembang.

Pertandingan antarabangsa berkembang di Eropah pada tahun 1980 dan hari ini, ribuan pemain karom yang terdapat di sana.

Karom menjadi popular sehinggakan papan karom diperbuat di kilang yang terdapat di negara Eropah seperti Jerman, Switzerland, Belanda dan Itali.

Pertandingan karom secara rasminya bermula pada tahun 1935 di Sri Lanka dan pada tahun 1958 India dan Sri Lanka mengujudkan persatuan kelab karom serta menganjurkan pertandingan.

Pada tahun 1956 India mula mencari pemain di seluruh India untuk pasukan terbaiknya. Pertandingan karom pertama bermula pada sekitar tahun 1960'an di antara India dan Sri Lanka. Pertandingan peringkat kebangsaan juga diadakan di Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan Maldives.

Pembentukan Badan Persatuan Karom Antarabangsa dibincangkan sejak tahun 1950'an lagi. Sehinggalah pembentukan Persatuan Karom Antarabangsa pada 15 Oktober 1988. Delegasi dari India, Sri Lanka, Maldives, Switzerland dan Jerman sebagai ahli bertemu di Madras (Chennai), India untuk kongres karom dunia yang pertama.

Persatuan Karom Antarabangsa dibentuk dan diluluskan pertubuhannya serta memperkenalkan undang-undang karom antarabangsa yang pertama.

Di Malaysia, Persatuan Karom Malaysia (Malaysia Carrom Association) atau lebih dikenali sebagai Karomas adalah badan yang diiktiraf badan gabungan International Carrom Federation dan Asian Carrom Federation.

Karomas adalah persatuan bergerak cergas untuk memperkenalkan cara permainan Karom Antarabangsa dan kursus pengadilan di Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

No comments: