Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 7, 2009

Taekwon-do

Taekwon-do adalah 'Seni Bertempur menggunakan Tangan dan Kaki' yang terunggul dalam sejarah Korea yang didokumentasikan menngenai teknik mempertahankan diri.

Ia diperkenalkan lebih kurang 600 tahun selepas masihi semasa pemerintahan Silla Kingdom di Korea Selatan.

Teknik bertempur purba ini dikenali sebagai Soo Bak-Gi. Ia diikuti seni bertempur menggunakan kaki yang dikenali sebagai Tae Kwon. Kaedah ini digunakan untuk melatih tentera bagi dinasti tersebut.

Bagaimanapun semasa penjajahan Jepun ke atas Korea, seni Taekwon serta banyak lagi lain-lain seni tradisional Korea tidak dibenarkan pengamalannya.

Seni Tae Kwon hanya dipertahankan oleh beberapa orang seperti Master Song Duk Ki dan Han Li Dong yang tidak mahu warisan mereka terkubur begitu sahaja.

Pada tahun 1959 Seni Mempertahankan Diri Taekwon-Do mula diperkenalkan di luar negeri. Beberapa siri demonstrasi diadakan di Amerika untuk memperkenalkan seni tersebut.

Ia mendapat sambutan cukup menggalakkan. Di Korea sendiri seni Taekwon-Do dijadikan mata pelajaran wajib bagi melatih tentera dan juga polis.

Pada tahun 1962 Jeneral Choi Hong Hi dihantar sebagai Duta Korea ke Malaysia. Beliau mula memperkenalkan seni Taekwon-Do kepada masyarakat di sini.

Pada tahun 1963 Persatuan Taekwon-Do Malaysia ditubuhkan. Seni ini diterima dengan baik sehinggakan satu demonstrasi diadakan di Stadium Merdeka atas permintaan Perdana Menteri Malaysia Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Akhirnya seni Taekwon-Do berkembang ke seluruh dunia atas usaha yang gigih Jeneral Choi dan anak buahnya. Jeneral Choi Hong Hi dilantik sebagai Presiden Taekwon-Do Antarabangsa dan kekal sehingga sekarang.

Seni Taekwon-Do dianggap sebagai seni mempertahankan diri kebangsaan bagi negara Korea.


Sumber: Sinar Harian

No comments: