Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, July 7, 2009
SERATAS
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah atau SERATAS adalah sekolah berasrama penuh yang terletak tiga kilometer dari bandar Taiping dan terletak di kaki Bukit Larut, Perak.
Sekolah ini merangkumi kawasan seluas 20.76 hektar dan diasaskan pada 1 Januari 1982 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. Ia dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perak dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 3 Oktober 1983.
Nama sekolah ini secara rasminya ditukarkan kepada Sekolah Raja Tun Azlan Shah atau SERATAS pada 21 Februari 1987 oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullahulahu Shah.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment