Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 7, 2009

Silat Seni Gayong

Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, pencipta dan pengasas Silat Seni Gayong Malaysia (imej dari www.gayong.com)

Silat Seni Gayong dikatakan wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Syah.

Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511, hulubalang Melaka yang diketuai Tun Biajid (anak kepada Laksamana Hang Tuah) berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis.

Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang digunakan Tun Biajid dan orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun satu barisan penggempur (boleh disamakan dengan gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu 'berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong'.

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan.

Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi generasi demi generasi sehinggalah ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.

Sumber: Sinar Harian

2 comments:

SH said...

Salam gayong daripada Kami - www.kssgayong.com

Zairul Salleh said...

Shams "Bangi",

Salam kembali dan terima kasih.