Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 17, 2009

Sukan- sukan dalaman



Dart

Dart ialah sejenis permainan yang telah wujud sejak lama dahulu. Ia merupakan permainan yang popular yang mengutarakan percantuman bakat, skill dan nasib. Dart berasal dari Longbow, England. Set-up papan dart ini agak mudah, tetapi peraturannya agak ketat supaya keselarasan boleh dibuat dengan lebih terperinci. Keselamatan adalah penting dalam permainan dart kerana ianya boleh membahayakan sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.




Billiards

Billiards ataupun Pool adalah sukan dalaman (indoor) yang dimainkan atas meja menggunakan sebatang kayu atau cue stick. Ianya digunakan untuk menggerakkan bola di sekeliling meja dan dimasukkan dalam lubang yang disediakan untuk memperolehi mata.

Billiards berasal daripada perkataan Perancis 'billart' yang bermaksud kayu, secara praktikalnya sama dengan sukan golf. Pool datang dari perkataan poolrooms di mana orang berjudi secara 'off-trek' dalam lumba kuda.

Oleh kerana biasanya 'rooms' yang digunakan menggunakan meja billiards, maka pool menjadi sinonim dengan billiards. Kini istilah pool and billiards pocket digunakan secara meluas dan ia merujuk kepada perkara yang sama.




Foosball

Ia mengandungi lapan rod dan patung 'table soccer' dengan sebiji bola bersama-sama dengan beberapa pemegang. Terdapat dua gol di kedua-dua penamat. Setiap pemain menggunakan pemegang yang disediakan untuk menggerakkan 'orang' atau 'pemain' dan cuba untuk menjaringkan gol yang terletak di pihak lawan.




Karom

Karom adalah salah satu sukan 'tabletop'. Ianya sesuai dimainkan tatkala berada di rumah dan sesuai kepada peringkat umur kerana ia amat mudah untuk dimainkan. Permainan ini dimainkan atas sekeping papan lacquered yang biasanya berukuran 29 inci persegi. Tujuan permainan ini adalah untuk memasukkan sembilan 'carrommen' ke dalam lawan masing-masing.

Sumber: Sinar Harian

No comments: