Pengikut dan Ex-smgrian
Friday, July 17, 2009
Behrang Ulu
Behrang Ulu terletak lebih kurang 12 kilometer ke utara Tanjong Malim, melalui Bandar Raya Proton (Proton City) dan tujuh kilometer ke arah barat dari pekan Behrang atau Behrang Stesen dan lebih kurang 25 kilometer ke selatan dari Slim River di negeri Perak.
Behrang Ulu merangkumi perkampungan di bahagian hulu Sungai Behrang yang mengalir ke Sungai Bernam.
Secara fizikal terdapat dua kawasan utama iaitu Behrang Ulu Batu 7 dan Behrang Ulu Batu 8.
Kawasan Behrang Ulu Batu 7 pula terbahagi kepada Kampung Baru Behrang Ulu dan Kampung Sungai Sekiah.
Terdapat dua perkampungan masyarakat asli iaitu Kampung Cinggong yang terletak lebih kurang satu kilometer ke timur dari Behrang Ulu Batu 8 dan Kampung Chinaen yang terletak antara Behrang Ulu dan Behrang Stesen.
Penduduk Melayu di kawasan ini adalah terdiri dalam kalangan etnik Mandailing, Minang, Rokan, Selayang, Rawa (Rao), Kampar dan lain-lain.
Terutama penduduk di Kampung Sungai Sekiah dan Batu 8 manakala di Kampung Baru Behrang Ulu atau digelar orang tempatan sebagai 'POS'.
Pos adalah sebutan PORST dalam telo masyarakat tempatan didiami majoriti kaum Cina dan India.
Masyarakat Orang Asli pula di kampung Chinggong dan Chinaen.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment