Stadium tertutup pertama negara yang terletak bersebelahan Stadium Merdeka dirasmikan Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 19 April 1962.
Pada zaman awal kemerdekaan negara, sebahagian besar upacara rasmi dan penting negara diadakan di sini seperti sambutan Maulidur Rasul. Begitu juga pelbagai acara sukan dalam dewan seperti badminton.
Pertandingan akhir Piala Thomas pada 16 Mei 1992 sentiasa menjadi kenangan manis kerana di Stadium Negara, pasukan Malaysia berjaya menjadi juara Piala Thomas selepas kali terakhir mengucup piala itu pada 1970.

Sumbangan Stadium Negara berharga lebih RM34 juta dengan reka bentuk yang unik amat besar hingga tugasnya semakin berkurangan diambil alih binaan lebih moden seperti stadium tertutup Kompleks Sukan Negara dan kemudahan dewan canggih di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sumber: Berita Minggu 26 Ogos 2007
Sumber: Berita Minggu 26 Ogos 2007
No comments:
Post a Comment