Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, July 27, 2009

Istana Negara


Satu lagi simbol penting yang seiring dengan kemerdekaan negara ialah Istana Negara yang terletak di kawasan 11.2 hektar di lereng Bukit Petaling.

Bangunan ini yang dibina pada 1928 asalnya adalah milik hartawan Cina, Chan Wing dan ketika zaman pendudukan Jepun antara 1942-45, menjadi kediaman pegawai Jepun. Selepas perang tamat, kerajaan negeri Selangor membeli bangunan itu dan dijadikan istana Sultan Selangor hingga 1957.

Kerajaan Persekutuan kemudian membeli bangunan ini untuk dijadikan Istana Negara yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, institusi baru yang diwujudkan dengan kemerdekaan Tanah Melayu.

Dari semasa ke semasa, Istana Negara mengalami pengubahsuaian dengan antara yang paling utama adalah pada 1980 apabila buat kali pertama istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong diadakan di sini. Sebelum itu, istiadat bersejarah itu diadakan di Dewan Tuanku Abdul Rahman di Jalan Ampang.

Istana Negara tidak dibuka kepada orang awam, tetapi pintu masuk utama istana adalah antara daya tarikan pelancongan utama di kalangan pelancong asing yang kagum dengan kewujudan institusi raja negara ini.

Sumber: Berita Minggu 26 Ogos 2007



No comments: