Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 10, 2009

Silat Kuntau Tekpi

Persatuan Seni Silat Kuntau Tekpi di Austin, Texas, U.S.A.(imej dari silat-melayu.blogspot.com)

Seni Silat Kuntau Tekpi ialah sejenis ilmu mempertahankan diri yang telah lama wujud semasa zaman pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Shah pada kurun ke-18.

Ia dipelopori oleh seorang panglima istana bernama Panglima Taib Wan Hussin.

Pada waktu itu, silat ini hanya diajar dalam kalangan panglima dan pengawal istana serta hulubalang bagi menentang serangan Thai dan musuh lain ketika itu.

Panglima Taib telah mewariskan ilmu ini kepada anak kandungnya bernama Siti Aminah yang dikenali dengan gelaran 'Srikandi Kedah'.

Silat ini kemudiannya diwarisi oleh anak Siti Aminah bernama Zainol Abidin Endut dan seterusnya diwarisi pula oleh anak Zainol Abidin iaitu A. Sani.

Senjata utama silat ini dikenali sebagai tekpi iaitu besi bercabang tiga yang juga boleh dikenali sebagai 'raja segala senjata' yang terbukti boleh mematikan segala senjata tajam.

Silat ini mempunyai keadaan buah-buah pukulan serta tangkapan yang kemas.

Semua pergerakan dan tangkisan adalah sesuai dengan pergerakan fitrah diri manusia, tidak mengira peringkat umur, mahupun lelaki ataupun perempuan.

Silat ini menitikberatkan aspek mempertahankan diri sekiranya diserang tetapi akan menyerang sekiranya terdesak.

*imej tekpi daripada www.kuntautekpi.org

Sumber: Sinar Harian

No comments: