Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 10, 2009

Permainan Bulu Ayam

(imej dari www.travelpod.com)

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh.

Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Pemain dikehendaki menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki sahaja atau juga dengan lutut.

Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah.

Pemain mesti menimbang bola seberapa banyak yang boleh untuk mendapatkan mata. Pemain yang mendapat timbangan terendah dikira kalah dan ia akan dikenakan denda.

Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.

Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi di setiap pusingan atau jumlah kemenangan yang banyak dan melebihi daripada yang lainnya dikira juara.

Sumber: Sinar Harian

No comments: