Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, July 7, 2009
Padang Chermin
Padang Chermin, Gerik adalah tapak pendaratan bersejarah kumpulan pertama Force 136 (Harimau Malaya) setelah tentera Jepun berjaya menduduki keseluruhan Tanah Melayu awal 1942.
Force 136 adalah gabungan askar yang dilatih pihak British bagi menawan semula Tanah Melayu daripada tentera Jepun.
Pelbagai cara dan usaha Force 136 mendarat di sini dan mengalami banyak kesukaran kerana takut diserang hendap tentera Jepun.
Cubaan mendarat dua kali gagal dan pasukan ini akhirnya berjaya pada percubaan kali ketiga pada 1 Disember 1944.
Dengan menaiki kapal terbang Liberator Mark VI dari India, Force 136 membuat penerbangan rendah dan seorang demi seorang pejuang gerila digugurkan di kawasan yang dikenali kemudiannya dengan nama Padang Chermin, Gerik.
Force 136 banyak memainkan peranan penting dalam menawan semula Tanah Melayu dari tangan Jepun. Pasukan pejuang gerila Force 136 (Harimau Malaya) kemudiannya semakin mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat di Persekutuan Tanah Melayu.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment