Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 2, 2009

SEMESTI

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan atau Semesti mula dibina pada September 1980 dan pada tahun 1984, sekolah ini mula menerima pelajar baru.

SEMESTI terletak kira-kira 13 kilometer dari bandar Teluk Intan dan mempunyai keluasan 21.5 hektar.

Pengetua yang pertama ialah Noor Bakar yang mula bertugas pada 1 Februari 1984.

Pada masa itu, pelajarnya berjumlah 425 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu dan Empat serta kelas prauniversiti, AET (Australian English Test). Pada tahun 1985, pelajar GCE 'A' Level memulakan pengajian mereka di sekolah ini.

SEMESTI pernah mencapai rekod yang cemerlang dalam bidang akademik.

Keputusan peperiksaan SPM 1986, SEMESTI mencapai 100 peratus kelulusan apabila 180 calon mendapat gred 1, enam calon mendapat gred 2 dan lima calon mendapat gred 3 dan merupakan kelulusan SPM terbaik di Malaysia.

Keputusan SPM tahun 1987 sekali lagi SEMESTI mencapai kelulusan 100 peratus dan merupakan keputusan kedua terbaik di Malaysia.

SEMESTI bukan sahaja memastikan pelajar mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik tetapi mahu melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua bidang.

Bagi tujuan tersebut, SEMESTI menyediakan segala kemudahan dalam bidang permainan seperti olahraga, persatuan, kelab, pasukan seragam dan keagamaan.

Sumber: Sinar Harian

No comments: