Pemandangan bandar Gerik (imej dari azmanlin.blogspot.com)
Orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik dan menjadi ketua masyarakat di situ.
Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman.
Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam mesti menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak.
Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlansung di Kroh pada 16 Julai 1909.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment