Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 1, 2009

Pusat Pentadbiran Pelajaran Daerah

Sejarah penubuhan pusat pentadbiran pelajaran daerah bermula pada sekitar tahun 60-an. Pejabat Pengelola sekolah kebangsaan mula beroperasi pada awal 1960 yang ketika itu adalah satu-satunya pusat pentadbiran terhadap sekolah kebangsaan.

Pada masa itu ada antara Pejabat Pengelola Sekolah Daerah menjangkaui beberapa daerah pentadbiran.

Ketika itu, jawatan pegawai pelajaran selaku Ketua Pentadbir Pelajaran Daerah disebut Pegawai Pengelola Sekolah.

Beliau dibantu beberapa pegawai iaitu Penolong Pengelola.

Pada tahun 1982, berlaku penstrukturan semula pejabat pelajaran daerah.

Penstrukturan semula Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak ketika itu melibatkan perubahan jawatan Pejabat Pelajaran Daerah diketuai Pegawai Pendidikan Daerah dibantu seorang Penolong Pegawai Pendidikan (Menengah) dan seorang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) serta dua orang Penyelia (Menengah dan Rendah).

Sumber: Sinar Harian

No comments: