Sekolah ini mula dibina pada tahun 1985 di bawah Projek Pinjaman Bank Dunia dengan kos sebanyak RM4.2 juta, di mana pembinaannya turut melibatkan Sekolah Kebangsaan Seri Manjung.
Nama Seri Manjung diambil sempena nama daerah Manjung.
Kawasan sekolah yang berkeluasan lapan hektar ini dahulunya adalah sebahagian daripada Ladang Suffolk.
Pada 5 Januari 1986, sekolah ini mula dibuka dengan tenaga pengajar seramai 10 orang dan 160 pelajar.
Bangunan sekolah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 12 Jun 1989.
Kebanyakan pelajar yang menuntut di sekolah ini adalah dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjung yang terdiri daripada anak-anak penduduk Bandar Seri Manjung dan kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Dato' Seri Kamaruddin.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment