Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, July 6, 2009

Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak (imej dari rompin77.blogspot.com)

Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina pada tahun 1990 atas inisiatif Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Kompleks ini telah dirasmikan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.

Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah tumpahnya darah pejuang-pejuang Melayu yang cintakan negara menentang nafsu serakah penjajah British.

Perang Perak bermula di sini pada tahun 1875, selepas setahun Sultan Perak bersetuju menerima nasihat Residen British, JWW Birch yang buta jiwa Melayu, tuli kepada bahasa Melayu dan naif dengan budi bahasa.

Oleh itu, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah bersetuju membaiki struktur bangunan sedia ada dan menambah bangunan-bangunan kekal lain.

Bangunan yang sedia ada di sini ialah Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan dan tiga rumah kutai.

Sumber: Sinar Harian

No comments: