Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, July 7, 2009
Balai Polis Pasir Pinji
Balai Polis Pasir Pinji merupakan balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Jarak di antara IPD Ipoh dengan Balai Polis Pasir Pinji lebih kurang 5 kilometer.
Balai Polis Pasir Pinji wujud pada tahun 1950. Pada zaman pemerintahan kolonial British iaitu pada tahun 1948 ianya telah dipilih oleh pihak berkuasa bagi penempatan masyarakat Cina yang sebelum ini tinggal berselerak di persekitaran Lembah Kinta. Penempatan semula masyarakat Cina bertujuan untuk menyenangkan pihak berkuasa bagi menghalang kegiatan Komunis di daerah Kinta.
Luas kawasan penempatan lebih kurang 5 kilometer dari bandar Ipoh. Keluasan kawasan pentadbiran Balai Polis Pasir Pinji dianggarkan lebih kurang 1 batu persegi dengan bersempadanan sebatang anak sungai yang memisahkan kawasan balai dengan kawasan Kampong Rapat, Ipoh.
Balai Polis Pasir Pinji telah menawan hati penduduk tempatan dengan mewujudkan skim kejiranan yang telah dipamerkan telah berjaya dalam semua aspek terutama dari segi pencegahan jenayah di kawasan Pasir Pinji.
Pada bulan Disember 1991 kerja-kerja pembinaan Balai Polis Pasir Pinji yang baru telah dimulakan dan telah siap dibina sepenuhnya pada 2 November 1992.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment