Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 10, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering

Pada 1 Disember 1988, sekolah ini mula menerima pelajar Tingkatan Satu seramai 104 orang dan enam guru di bawah pengetua, Shafie Abdullah. Pada ketika itu, pelajar-pelajar sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Kenering di mana tiga buah kelas sahaja digunakan.

Pada Januari 1992, menyaksikan pengambilan lebih ramai pelajar apabila sekolah ini menawarkan Tingkatan Satu hingga Empat dengan bilangan pelajar 430 orang dan 25 guru, diterajui oleh Serip Mohamad Ghulam.

Setahun kemudiannya iaitu pada tahun 1993, SMK Kenering berpindah ke bangunannya sendiri di pekan Lawin. Beberapa blok bangunan baru dibina bagi menampung keperluan pendidikan penduduk kampung sekitar Mukim Kenering serta pelajar dari Gugusan Felda Papulut dan Lawin Selatan.

Sumber: Sinar Harian

No comments: