Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 10, 2009

Taska Kemas

Program pengasuhan kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atau dikenali dengan nama Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar.

Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Perkhidmatan Taska termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga.

Di samping itu juga melalui Taska, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.

Sumber: Sinar Harian.

No comments: