Sekolah ini diasaskan pada tahun 1923 oleh W.C. Horley dan dikenali sebagai Government English Secondary School (GESS), Tapah.
Tapak asalnya adalah di SK(1), Jalan Hospital, Tapah dan berpindah ke tapaknya sekarang di Jalan Kelab pada tahun 1958.
Pendaftaran Peperiksaan Junior Cambridge pertama diadakan pada tahun 1926 diikuti Senior Cambridge Pertama pada tahun 1952.
Antara tokoh berwibawa yang pernah menjadi pengetua sekolah ini seperti Tan Sri Abdul Hamid Khan, Tuan Syed Shaidali, Encik Edward Foster Lee dan Encik Gathiresam Pillai.
Di bawah pentadbiran mereka keadaan sekolah menjadi bertambah baik.
Semasa meletus Perang Pasifik, sekolah ini telah diambil alih oleh pihak Jepun.
Sepanjang pemerintahan Jepun, sekolah ini ditadbir Encik Collin Campbell dan Encik Kandavanam.
Menjelang tahun kemerdekaan, iaitu pada tahun 1952, sekolah ini di bawah pentadbiran Encik Sarjan Singh. Sekolah ini telah dipindahkan dari tapak lama iaitu dari tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tapah ke tapak yang sedia ada sekarang dengan nama Government English Secondary School.
Pada tahun 1957, Encik Utam Singh telah menjadi Pengetua sekolah ini.
Encik Utam Singh adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa sekolah ini menjuarai kejohanan Hoki Merdeka.
Selepas kematian beliau, Encik Neon Thean Chye dari Raffles College telah menggantikan tempatnya pada tahun 1958.
Kehadiran Tuan Haji Alias Mohamed bin Haji Abdul Ghani pada tahun 1971 sebagai seorang graduan lepasan Universiti Malaya telah membawa perubahan yang besar.
Di bawah pimpinan beliau, sekolah ini mencapai kemajuan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
Atas kesungguhan beliau juga sekolah ini mencapai kemajuan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
Atas kesungguhan beliau juga sekolah ini memulakan kelas Tingkatan Enam aliran Sains pada tahun 1975 diikuti pada tahun 1976 kelas Tingkatan Enam aliran Sastera.
Menjelang tahun 1976, sekolah ini telah memiliki bangunan yang lengkap seperti bilik kemahiran Ekonomi Rumah Tangga, Makmal Fizik, Makmal Kimia, Makmal Biologi dan bengkel Kemahiran Hidup.
Selain itu empat bangunan asrama telah didirikan untuk kemudahan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.
Pada tahun 1977, sempena perayaan Jubli Perak dan bersesuaian dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan maka nama sekolah ini telah digantikan dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil, Tapah.
Nama sekolah ini diambil sempena nama tokoh sejarah tempatan yang tidak asing lagi iaitu Haji Buyong bin Adil yang disempurnakan Datuk Abdul Rahman bin Yaakob, Menteri Pelajaran ketika itu.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment