Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, July 27, 2009

Proton City

Proton City Tanjong Malim, Perak (imej dari www.toamys.com.my)

Bandar raya Proton atau Proton City adalah bandar yang diwujudkan berikutan persefahaman antara kerajaan Perak dengan kerajaan Selangor untuk membangunkan Lembah Bernam. Kerajaan Perak diwakili oleh (bekas) Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib dengan (bekas) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib sekitar tahun 1990.

Proton City terletak di sebelah kanan Lebuh raya Utara Selatan antara bandar Tanjong Malim dengan Slim River. Kawasan ini adalah ladang getah dan kelapa sawit yang tidak lagi ekonomik berbanding dengan perumahan dan zon perindustrian.

Bandar ini menempatkan kilang Proton khusus untuk pengeluaran kereta jenama Gen 2. Kilang Proton di Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie, Shah Alam, Selangor tidak lagi dapat menampung keperluan pengeluaran kereta Proton.

Sumber: Sinar Harian

No comments: