Pengikut dan Ex-smgrian
Thursday, July 16, 2009
Rojak Manjung
Rojak Manjung sangat terkenal di Perak yang kini dibuka di D'Mara Plaza, Sitiawan.
Sudah 20 tahun rojak Manjung menjadi tumpuan pengunjung bukan sahaja dalam daerah malah di daerah luar. Selain itu, turut menjadi tumpuan orang-orang kenamaan.
Makanan ini merupakan warisan turun-temurun keluarga Kamahizad. Kedai ini terletak di No.6, Plaza D'Mara, Jalan Lumut, 32000 Sitiawan, Perak.
Adunan bahan masakan serta kuah rojak dibuat secara tradisional dan tersendiri. Rojak Manjung terkenal kerana bahan-bahannya iaitu cucur udang, kentang, tempe, telampung, sotong, fish cake, tauhu, cucur kucai dan telur.
Selain itu terdapat makanan sampingan yang popular iaitu Nasi Campur Rendang Cendawan.
Sumber: Sinar Harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment