Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 16, 2009

Lata Kijang









Air terjun Lata Kijang yang dapat dilihat dari lebuhraya Persekutuan menuju ke Ipoh, Perak (imej dari www.map2trek.com)









Lata Kijang merupakan air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah.

Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Chenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.

Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak.

Terdapat perkampungan Orang Asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini di mana pengunjung juga berpeluang melihat kehidupan mereka.

Sumber: Sinar Harian

No comments: