Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 16, 2009

Seri Iskandar

Taman Teknologi Seri Iskandar (imej dari j2kfm.blogspot.com)

Nama Bandar Baru Seri Iskandar diambil sempena nama Sultan Perak yang bernama Sultan Iskandar Shah. Sultan ini cukup masyhur dalam kalangan penduduk negeri Perak kerana begitu prihatin dengan nasib rakyat sebelum Perang Dunia Kedua. Ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak bercerita tentang Sultan Perak ini. Mereka menyebutnya sebagai "Sultan Iskando".

Baginda menjadi Sultan Perak dari 26 Oktober 1918 hingga 14 Oktober 1938. Nama penuh baginda ialah Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah. Baginda dilahirkan pada tahun 1881 dan mangkat pada tahun 1938.

Dalam Sejarah Melayu, nama 'Iskandar' muncul daripada nama Iskandar Zulkarnain atau Alexander the Great yang memerintah negara Macedonia. Iskandar Zulkarnain menakluk 1/3 bumi ini dan disebut namanya beberapa kali di dalam al-Qur'an.

Menurut versi al-Qur'an, Iskandar Zulkarnain adalah seorang Islam, tetapi menurut versi Yunani tidak pula. Filem Alexander telah diterbitkan pada tahun 2004 diarahkan oleh Oliver Stone.

Semasa pemerintahan Sultan Iskandar, tiada jawatan Menteri Besar Perak. Pentadbiran banyak ditadbir oleh Residen British.

Sumber: Sinar Harian

No comments: