Perjalanan ke Kashmir
Terminal A1 New Delhi - 'domestic airpot'
Kashmir terletak di utara tanah air benua India. Ibu negerinya dinamakan Srinagar. Ia terletak lebih kurang 680km dari ibu negara New Delhi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan pesawat. Kami memilih pesawat ‘King Fisher’ untuk ke sana. Warna tema pesawat ini merah seperti ‘Air Asia’. Saya dan suami, bersama pegawai Immigresen dan team MAS ke sana buat pertama kalinya seramai 10 orang.
Terminal A1 New Delhi - 'domestic airpot'
Seperti biasa, pesawat yang akan terbang selalunya berlaku kelewatan untuk berlepas. Ini kerana kesibukan berlaku di 'runaway' lapangan terbang domestik di bandar ini. Kami sepatutnya berlepas jam 12.45 tengahari tetapi hanya dapat terbang pada jam 1.40 petang.
Lapangan Terbang Srinagar
Kami tiba di lapangan terbang Srinagar 1 jam 15 minit kemudian. Cuaca diluar pada 3’C. Sebaik turun hujan renyai, kami berlari-lari anak ke bangunan terminal. Lapangan terbang antarabangsa ini masih dalam pembinaan, dijangka akan siap hujung tahun ini.
Perjalanan
Setelah urusan beg selesai, kami ke kenderaan yang telah disediakan terus menuju ke hotel, Intercontinental dahulu dikenali sebagai Oberoi. Perjalanan mengambil masa 30 minit melalui pekan dan kawasan peranginan iaitu tasik yang dikelilingi oleh gunung.
Agak malang sedikit, sebaik kami keluar dari kawasan lapangan terbang, lebih kurang 5km, semua kenderaan tidak dapat bergerak. Pemandu cuba bertanya kepada mereka yang lalu lalang apa yang terjadi di hadapan. Dia diberitahu, semalam ada satu kemalangan yang mengorbankan seorang peduduk di situ, jadi keluarga mangsa keluar menyuarakan tidak puas hati di atas kenderaan di situ. Perjalanan kami terhalang hampir 30 minit, setelah dileraikan oleh anggota keselamatan.
Suasana mendung disulami hujan membawa kami dengan 3 buah kereta MPV Innova ke hotel. Di dalam perjalanan sempat juga kami bertanya dengan pemandu tentang tempat peranginan yang kaya dengan pemandangan tasik dan gunung yang diselaputi salji. Salah satu tempatnya dinamakan Gulmarg terletak lebih kurang 50km dari hotel ini. Perjalanan lebih kurang 1 jam 30min. Beliau yang kurang fasih berbahasa Inggeris cuba bercerita sedikit sebanyak tentang kawasan yang dilalui. Mujur ada orang tempatan yang berbahasa Hindi menjadi penterjemah.
Hotel
Setelah urusan 'check-in' siap kami di beri minuman the herba panas sebagai ‘welcome drink’. Masing-masing ke bilik untuk berehat sementara menunggu waktu makan malam jam 7. Makanan buffet yang disediakan secara kashmiri tidak jauh beza dengan makanan India Utara. Menu kambing merupakan makanan popular penduduk di sini, rata-rata hidangan ayam & daging halal kerana 98% penduduknya beragama Islam.
Sebelum ke kamar masing-masing kami berbincang jadual keesokkan hari. Seminar akan berlangsung jam 4-6 petang, jadi disebelah pagi kami merancang untuk melawat Gulmarg di sebelah pagi.
Hari 1
Keesokkanya setelah makan pagi kami menggunakan 2 buah kereta menuju Gulmarg tepat jam 8 pagi.
Perjalanan ke Gulmarg
Pekan Srinagar masih belum ramai kelihatan penghuninya. Suasana dingin hampir 0’C membuatkan berat untuk membuka mata dan rasa malas untuk bekerja. Orang tempatan dikatakan hanya memulakan perniagaan jam 11 pagi, kelihatan semua kedai-kedai masih tutup, hanya beberapa kenderaan di atas jalan yang dibasahi hujan sejak semalam.
Semakin jauh berjalan kelihatan penduduk kampong telah mula keluar dan berada di tepian jalan raya. Rumah-rumah mereka ala-ala pemandangan ketika saya melawat Sweden 2 tahun lalu.
Pohon Chinar, epal dan pain hanya tinggal ranting dan batang, semuanya kelihatan bewarna hitam. Warna putih kapas mula kelihatan di atas padang, menunjukkan kami mula memasuki kawasan salji turun.
Pohon Chinar, epal dan pain hanya tinggal ranting dan batang, semuanya kelihatan bewarna hitam. Warna putih kapas mula kelihatan di atas padang, menunjukkan kami mula memasuki kawasan salji turun.
Semakin jauh roda bergerak barulah kami terasa telah hampir dengan pekan Gulmarg diiringi salji putih yang turun dengan lebat.
Kenderaan berhenti di Tangmarg, kerana kenderaan biasa tidak boleh di sana dengan tayar biasa. Gulmarg terletak dikawasan bukit, untuk menaiki ke sana mengambil masa lebih 30min. Kami tidak dinasihatkan ke atas memnadangkan waktu tengahari kami harus pulang semula ke Srinagar.
Kami menyewa ‘snow shoes’ kerana sebaik sampai semua kaki di tenggelami salji hampir paras lutut. Kami juga dikerumuni oleh penyewa ‘papan luncur’ .Saya tidak berminat kerana ingin menikmati sendiri suasana yang jarang sekali dapat dirasai. Setelah bergambar kami mula menikmati pemandangan indah dengan berjalan kaki beramai-ramai ke arah Gulmarg. Kelihatan beberapa buah kenderaan pacuan 4 roda yang membawa pelancong terutama dari negara barat gemar ke sini untuk aktiviti ski. Di sini dikatakan lebih murah dari negara lain. Selesai hampir 2 jam bergambar lalu kami pulang semula ke kereta menuju Srinagar untuk makan tengahari di sana.
Selesai makan tengahari, kami cuba ke pusat membeli-belah di bandar. Kepada yang datang atas urusan bekerja mereka terus pulang ke hotel. Kami tidak boleh berhenti sesuka hati kerana pekan di Srinagar akan bergolak bila-bila masa sahaja.
Selesai makan tengahari, kami cuba ke pusat membeli-belah di bandar. Kepada yang datang atas urusan bekerja mereka terus pulang ke hotel. Kami tidak boleh berhenti sesuka hati kerana pekan di Srinagar akan bergolak bila-bila masa sahaja.
Kraf
Barangan yang popular disini lebih kepada ‘pashmina shawl’, ‘paper marche’, karpet dan banyak lagi hasil kerja tangan halus penduduk tempatan.
Keeokkan harinya, kedengaran seperti hujan di luar bilik kami. Apabila jendela disingkap, kelihatan salji turun menutupi pasir diluar. Semakin hari beransur siang semakin indah pemandangan di sekeliling hotel dengan gunung dilitupi salji dan ranting pohon seperti dicat putih. Seakan tidak percaya apa yang kami lihat lewat petang semalam tiba-tiba berubah warna.
Selesai minum pagi kami terus ‘check-out’ dari hotel untuk terus melawat beberapa taman seperti Mongul garden. Taman ini lebih menarik sekiranya dilawati sewaktu musim panas.
Kami tidak dibenarkan masuk sebuah lagi taman berdekatan kerana kenderaan kami membawa bagasi, anggota bertugas mungkin bimbang kami membawa senjata. Taman ini menjadi lokasi pengambaran filem Bollywood.
Rata-rata disekitar pekan Srinagar ini pasukan keselamatan masih ramai berlegar-legar dengan senapang masing-masing. Ini kerana pada bila-bila masa akan berlaku tembak-menembak dan kacau bilau.
Setelah hampir jam 11 kami ke kawasan pekan untuk membeli–belah sementara menunggu jam 12 tengahari.
Ke lapangan terbang Srinagar
Untuk ke airpot kami harus berada 2 jam sebelum jadual berlepas. Ini disebabkan kami perlu melalui 3 kali “scan’ bagasi dan setiap individu, iaitu anggota keselamatan, di luar kawasan lapangan terbang. Sampai di bangunan terminal sekali lagi scan dibuat oleh 'airport security' dan yang terakhir sebelum menaiki pesawat. Setiap individu juga harus melaporkan bagasi sendiri sebelum beg dihantar ke kenderaan menarik bagasi ke pesawat. Sukar digambarkan kecuali anda sendiri melaluinya.
Pesawat terlewat 1 jam dari jadual asal. Kami juga harus mengisi borang keluar sebagai rekod kedatangan orang asing.
Memandangkan proses yang agak rumit di airpot rasa serik untuk datang lagi walaupun harga lebih murah berbanding negara barat. Tetapi kos penginapan masih jauh lebih mahal. Bilik standard yang saya tinggal beharga RM1000 satu malam.
Namun lawatan ini belum lengkap kerana tidak berkesempatan ke kawasan pergunugan di mana kebiasaan pelancong akan menginap di dalam rumah bot ‘house boat’ yang dikatakan menghadap gunung , khabarnya lebih indah dari Switzeland.
Begitulah harapan pendudk di tempatan agar kami kembali semula kerana inilah pekerjaan mereka, Sektor pelancongan menjadi sumber rezeki mereka.
Ditulis oleh Marina Haron
No comments:
Post a Comment