Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 22, 2009

Larut Matang dan Selama

Menurut sejarah, bandar Taiping dibangunkan penjajah Inggeris pada awal tahun 1880-an yang mana pada ketika itu, daerah ini kaya dengan bijih timahnya di sekitar Sungai Larut.

Sebelum kedatangan Inggeris, daerah ini diatur oleh Menteri Larut iaitu Datuk Long Jaafar diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika itu untuk mengatur wilayah ini.

Long Jaafar membangunkan pusat administrasi di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Saat Inggeris menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di Pangkor, Jajahan Larut diatur oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

Saat peristiwa berdarah terjadi di Pasir Salak yang menyaksikan JWW Birch dibunuh pahlawan Melayu Perak Datuk Maharaja Lela pada 2 November 1875, pihak British memindahkan administrasi negeri Perak ke bandar Taiping pada 1880-an.

Matang adalah sebuah mukim di daerah Taiping, berhampiran dengan Selat Melaka.  Perkataan 'matang' adalah singkatan kata bagi perkataan 'permatang' yang membawa maksud 'benteng'.  Permatang biasanya terdapat di tepi laut atau sungai dan berperanan sebagai penghalang banjir.

Ketinggian muka buminya rendah antara aras laut sehingga 50 meter.  Bandar yang berhampirannya ialah Taiping, Kuala Sepetang, Kamunting, Bukit Berapit dan Pokok Assam.

Matang menjadi penting semasa zaman bijih timah kerana ia berhampiran dengan Sungai Larut yang kaya dengan bijih timah.  Menteri Larut iaitu Orang Kaya Ngah Ibrahim, mengawal Sungai Larut dan sekitarnya melalui Mukim Matang bagi pihak Sultan Perak.  Beliau menjadikan rumahnya sebagai kota dan kota pertahanan.

Sumber: Sinar Harian

No comments: