Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 22, 2009

Empangan Pong

Empangan Pong (imej dari www.gerik.gov.my)

Empangan ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari pekan Gerik melalui Lebuhraya Gerik - Kupang dan 30 minit jalan yang tidak berturap daripada simpang masuk ke Kampung Pong.

Empangan ini berdekatan dengan perkampungan Siam yang dikenali sebagai Kampung Pong.

Empangan ini dibina oleh Pegawai Daerah Hulu Perak ketika itu, Sir Barkely untuk penjanaan elektrik bagi kegunaan kereta kabel.

Permukaan bumi yang bergunung-ganang ketika itu menyebabkan kereta kabel digunakan untuk mengangkut bijih timah di Klian Intan ke tempat pemprosesan bijih timah.

Sumber: Sinar Harian

No comments: