Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, July 6, 2009
Slim River
Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, negeri Perak. Ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 kilometer di utara Tanjung Malim dan 100 kilometer di selatan Ipoh.
Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.
Slim River boleh dicapai melalui pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api. Terdapat Lebuh raya Utara-Selatan dan Laluan Persekutuan Malaysia 1 ke Slim River.
Selain itu, stesen kereta api Slim River juga berkhidmat untuk bandar ini.
Stesen keretapi Slim River terletak di hujung Jalan Stesen, yang dinamakan sempena stesen keretapi ini.
Stesen keretapi Slim River adalah sebuah stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang terletak di Slim River.
Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar.
Jalan Stesen merupakan sebuah jalan utama bagi pusat bandar Slim River.
Stesen tersebut terletak di hujung barat pusat bandar berkenaan.
Di belakang stesen berkenaan (iaitu di sebelah barat) adalah Kampung Perhentian yang dinamakan sempena perhentian keretapi yang kini digantikan dengan stesen keretapi yang ada sekarang.
Sebelum stesen keretapi bersaiz besar yang wujud sekarang dibina, hanya terdapat sebuah stesen keretapi yang kecil dan terdapat lintasan keretapi pada Jalan Stesen.
Dari Jalan Stesen, selepas melintasi landasan keretapi, anda boleh sampai ke Kampung Perhentian.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment