Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, July 27, 2009

Parlimen Malaysia

Lambang demokrasi berparlimen adalah antara bangunan terpenting kepada Malaysia. Di bangunan inilah Ahli Dewan Undangan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negara meluluskan pelbagai undang-undang yang mengikat kehidupan rakyat.

Walaupun pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan berpindah ke Putrajaya, bangunan Parlimen tetap kekal di Kuala Lumpur.

Pada Disember 1959, kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur, dipilih sebagai tapak kompleks bangunan Parlimen.

Pembinaan bermula pada September 1962 di sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut yang kemudian diratakan. Kompleks bernilai RM18 juta ini adalah hasil ilham Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra.

Peletakan batu asas dilakukan Yang di-Pertuan Agong ketiga pada 31 Ogos 1962. Pada 21 November 1963, Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini pada 22 November 1963.

Kompleks bangunan Parlimen dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bangunan Ibu atau Utama setinggi tiga tingkat yang menempatkan dua dewan utama, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah lagi bangunan adalah menara 17 tingkat yang menempatkan pejabat menteri dan Ahli Parlimen.

Sumber: 26 Ogos 2007

No comments: