Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 2, 2009

Sekolah Bestari

Sekolah Seri Bintang, Cheras, Kuala Lumpur, merupakan salah satu sekolah bestari yang terdapat di Malaysia.

Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik daripada segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat.

Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke zaman maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu, Tan Sri Datuk Dr. Wan Zahid Wan Mohamed.

Komponen utama Sekolah Bestari

  • Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

  • Sistem Pengurusan Sekolah Bestari

  • Polisi

  • Sumber manusia, Kemahiran dan Sikap

  • Teknologi

  • Proses

Komponen-komponen ini akan dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi.

Sumber: Sinar Harian

No comments: