Kabel bervoltan tinggi di Stesen Janakuasa Elektrik Hidro Temenggor (imej dari lanailestari.blogspot.com)
Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1910, betul-betul di tengah Kampung Temenggor. Pada ketika itu, sekolah ini dibina hanya berdindingkan buluh dan beratapkan nipah.
Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama pada tahun 1920 tetapi Kerajaan Negeri telah mengambil alih sekolah ini menjadi sekolah Melayu.
Pada tahun 1942, sekolah ini serta seluruh kampung telah diserang Komunis, menyebabkan bangunan sekolah dan rumah-rumah penduduk dibakar.
Pada tahun 1956, sekolah baru didirikan dan setahun kemudian, sekolah ini mula digunakan.
Sekolah ini pernah menerima kunjungan daripada Raja Muda Perak, Almarhum Raja Idris pada 18 Ogos 1960.
Pada tahun 1973, ia menyaksikan perpindahan besar-besaran apabila sekolah dan seluruh kampung berpindah ke Kampung Ganda Temenggor akibat dari projek stesen janaelektrik hidro, Empangan Temenggor.
Sejak berpindah ke Kampung Ganda Temenggor, sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Ganda Temenggor.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment