
Selepas itu, Andalusia dikuasai pula oleh kerajaan Visigoth, Raja Roderick yang memerintah dengan sewenang-wenangnya. Julian, iaitu keluarga Roderick yang menjadi Gabenor Ceuta, begitu berdendam kepadanya dan akhirnya beliau meminta bantuan tentera Islam.
Ketika itu Dinasti Umayyah di bawah pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (al-Walid I) iaitu khalifah keenam. Setelah kedaulatan kerajaan Bani Umayyah ditumbangkan, Bani Abbasiah mengambil alih kuasa dengan khalifah pertamanya Abu Abbas as-Saffah.
Pada waktu Dinasti Abbasiah menjalankan kempen penangkapan keturunan Umayyah, mereka berjaya melarikan diri ke Andalusia.
Setelah berakhirnya Bani Umayyah (1031), Andalusia berpecah menjadi kerajaan-kerajaan kecil yang lazimnya bergelar Muluk at-Tawa'if (raja-raja kelompok/golongan) seperti munculnya dinasti-dinasti kecil di timur.
Kemajuan dalam pelbagai bidang dicapai dan mengalami zaman keemasan ilmu pengetahuan. Ahli-ahli falsafah terkenal lahir di zaman ini. Antaranya Ibn Tufail, Ibn Bajjah, Ibn Rusyd dan ramai lagi ilmuwan dalam pelbagai bidang.

Setelah orang-orang Kristian menguasai Andalusia, gerakan Kristianisasi dijalankan dengan memaksa orang ramai menganut kembali agama Kristian.
Utusan Pengguna edisi Mei - Jun 2009
No comments:
Post a Comment