Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, June 9, 2009

Kampung Tualang Sekah

Sebuah sekolah kampung di Tualang Sekah (imej dari fozz25.blogspot.com)

Kampung Tualang Sekah adalah sebuah kampung di Malim Nawar, dalam daerah Kinta Selatan negeri Perak.

Kampung ini dinamakan sempena dengan nama sebatang pokok tualang di perkampungan ini. Namun pokok ini telah disambar petir dan bahagian sekahnya tertinggal di sini. Sekah adalah dahan pokok yang patah akibat disambar petir.

Kampung ini terletak di timur pekan Malim Nawar lebih kurang tiga kilometer dari pekan Malim Nawar.

Terdapat banyak bekas lombong bijih timah sekitar kampung ini. Dahulunya penduduk di kampung ini bergantung kepada industri melombong bijih timah yang terkenal dalam daerah Kinta.

Akibat daripada kejatuhan harga pasaran bijih timah di pasaran, banyak lombong di sini terpaksa ditutup.

Sumber: Sinar Harian

1 comment:

Anonymous said...

jika sesiapa tahu siap orang yang mula2 sampai ke tualang sekah diharapkan sharekan info kerana mungkin ia ada susur galur dengan keturunan saya............