Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, June 9, 2009

Istana Raja Bilah

Istana Raja Bilah (imej dari tanah.perak.gov.my)

Istana Raja Bilah terletak di pekan kecil Papan, daerah Kinta.

Ia didirikan atas sebidang tanah berbukit dibina daripada bahan kayu yang keras dan kukuh. Kerana bentuknya yang menarik, sudah pasti jadi perhatian orang ramai. Raja Bilah mendirikan rumah itu pada tahun 1890. Segenggam tanah dari Mendiling dijadikan sebagai batu asas pembinaannya, rangka kayu dan peralatan rumah daripada bahan tempatan.

Kesemua peralatan rumah seperti kerusi meja, almari dan pinggan mangkuk tersimpan dan terpelihara dengan baiknya. Barang-barang ini ditempatkan di tingkat bawah. Sementara di tingkat atasnya, terdapat lima atau enam buah bilik yang lengkap dengan perhiasan dindingnya.

Ada sebuah jambatan menghubungi bahagian rumah dapurnya.

Sumber: Sinar Harian

No comments: