Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, June 9, 2009

Taman Tasik Embayu

Tasik Embayu (imej dari mbikeabaruk.blogspot.com)

Taman Tasik Embayu ini terletak dalam kawasan penempatan terancang Bandar Proton Tanjong Malim.

Ia adalah tasik buatan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang moden serta terkini untuk keselesaan dan kegunaan orang ramai yang mengunjungi taman tasik ini, terutamanya kepada penduduk yang tinggal di sekitar Bandar Proton.

Di taman tasik ini juga disediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti terkini yang dapat menarik minat golongan muda-mudi untuk menjalankan aktiviti riadah di sini seperti trek jogging, padang futsal dan paintball, sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan muda-mudi kini.

Di sini juga terdapat kedai makan, kedai runcit, klinik dan lain-lain lagi.

Pelbagai aktiviti diadakan di sini seperti pertandingan futsal, paintball dan Eco Challenge yang merupakan aktiviti bertaraf kebangsaan dan disertai peserta daripada semua negeri di negara ini.

Ini juga adalah salah satu cara memperkenalkan taman tasik ini kepada semua masyarakat di Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

No comments: