Pengikut dan Ex-smgrian

Saturday, June 6, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom yang menjadi lambang kebanggaan kaum wanita di daerah Kuala Kangsar mempunyai keunikannya tersendiri. Ia telah melalui tiga tahap perkembangan yang melibatkan perubahan kepada nama sekolah iaitu Methodist Girl's School (1949), Government English Girls School (1954) dan Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom (1970).

2 November 1948 merupakan tarikh penting dalam sejarah perkembangan pendidikan di daerah Kuala Kangsar. Pengetua Sekolah Menengah Clifford ketika itu telah mengumumkan pada majlis Penyampaian Hadiah Tahunan Sekolah tersebut, bahawa Bandar DiRaja Kuala Kangsar akan mempunyai sebuah Sekolah Perempuan Inggeris Kerajaan. Pembukaan sekolah ini menandakan satu perkembangan yang baik kepada penduduk di daerah Kuala Kangsar.

Konsep 'Murid-murid Perempuan Berpelajaran Inggeris' untuk penduduk di daerah Kuala Kangsar telah disyorkan oleh Tuan E.C. Hicks yang menjadi Nazir Kanan Sekolah-Sekolah Perak. Beliau menyedari bahawa tempat belajar bagi pelajar perempuan perlu diwujudkan memandangkan hampir 40 tahun mereka telah menumpang di Sekolah Inggeris Clifford. Justeru itu, beliau telah menghubungi Misi Methodist dan mendesak badan itu membuka sebuah sekolah untuk murid-murid perempuan di daerah ini. Hasilnya, pada 10 Januari 1949 sekolah tersebut telah dibuka sebagai sebuah sekolah yang menerima bantuan kerajaan, lalu dinamakan sebagai Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Kangsar.

Sumber: Sinar Harian

No comments: