Pengikut dan Ex-smgrian

Sunday, May 17, 2009

Panorama Perak - Gua Tempurung


Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak.

Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai telah wujud sejak 8,000 SM lagi.

Gua ini terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar.

Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong.

Sumber: Sinar Harian

No comments: