Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, May 18, 2009

Panorama Perak - Hilir Perak

Menara jam condong di Teluk Intan

Daerah Hilir Perak terletak di selatan negeri Perak bersempadanan dengan Sungai Bernam dan Sabak Bernam, Selangor di sebelah selatannya dan Selat Melaka di sebelah Barat.

Ia juga bersempadan dengan daerah-daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan Perak Tengah dan Manjung di sebelah Utara dan Barat Lautnya.

Luas Hilir Perak ialah 166,306 hektar iaitu keenam dari segi keluasan kawasan daerah dalam negeri Perak.

Teluk Intan merupakan pusat pentadbiran daerah Hilir Perak.

Lebih 50 buah jabatan-jabatan kerajaan dan berkanun yang dianggotai lebih kurang 7,500 orang kakitangan bertempat di Teluk Intan.

Sumber: Sinar Harian

No comments: