Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 7, 2009

Tasauf


Ketika mentari pagi menjengukkan wajahnya
Dari celah-celah gunung yang menghijau
Aku termenung memikirkan begitu indahnya alam
Terasa diriku begitu hina
Dibandingkan dengan-Mu
Walaupun aku tidak mengetahui di mana Kau berada
Puas ku mencari dan mengembara
Untuk menjejaki Mu
Masih tidak ku temui
Meskipun kalimah-kalimah Mu kulafazkan
Tetap aku rasa begitu daif
Tidak dapat ku himpunkan harta-hartaku
Supaya dapat ku bawa sewaktu mengadap Mu nanti
Duhai Raja Alam Maya yang tiada tandingannya
Mengenali Mu bukan setakat melaksanakan perintah Mu
Sebaliknya ku harus sentiasa mendekati Mu
Seolah-olah Kau berada di sampingku
Dan menemani ku hingga akhir
Sungguhpun begitu aku masih tertanya-tanya
Di manakah Kau bersembunyi selama ini?
Adakah di sebalik tujuh jalur pelangi
Atau Kau bersemayam di astaka yang tertinggi
Hingga tidak terlihat oleh pandangan mata?

No comments: