Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 7, 2009

Minyak


Minyak
Sewaktu kau belum naik
Ke kedai yang sejauh sekangkang sahaja
Aku berkereta ke sana.

Sewaktu kau belum naik
Beratus-ratus ringgit ku habiskan
Untuk sport ream yang berkilauan.

Melilau-lilau mencari parking
Di parking lot pasaraya
Hanya untuk mencari parking di hadapan pintu
Dan tidak ku hiraukan berapa liter yang telah ku buang.

Kini
Setelah kau naik
Darahku juga naik
Semua urat belikat sama naik

Marahkan pemimpin
Marahkan pakar ekonomi
Marahkan peniaga minyak
Buat demonstrasi
Sampai lenguh kaki
Mereka suruh kita ubah gaya hidup
Ah, tak mahu!
Kita hendak ubah kerajaan!!

No comments: