Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 7, 2009

Peraturan


Aku tidak dapat menceritakan
Kisah yang belum sudah
Sebabnya aku sendiri masih mengembara
Dan belum sampai ke penamatnya
Aku masih meredah
Segala onak dan duri
Segala sungai dan lautan
Mendaki bukit dan pergunungan
Cuma untuk menuju ke destinasi
Yang aku sendiri masih belum pasti
Ganjaran yang akan aku terima
Di sana kelak.

Ku teruskan kembara ini
Untuk apa aku sendiri tidak tahu
Aku tidak boleh menamatkan episod ini
Kerana ia akan berterusan
Dan aku tiada kuasa untuk menghentikannya
Pastinya semalam telah berlalu
Tetapi tidak mustahil peristiwa yang sama akan berlaku semula
Dalam keadaan yang berlainan
Mungkin aku akan tersesat jalan
Mungkin aku akan menemui penamatnya
Segalanya telah ditetapkan
Dan kita menurut peraturan ini
Tanpa kita sedari.


No comments: