Keciciran dan pengangguran pelajar selalu dikaitkan dengan hal pendidikan. Keciciran bermaksud ketinggalan manakala pengangguran pula bermaksud seseorang yang lansung tiada mempunyai pekerjaan. Bagi zaman sains dan komputer ini, persaingan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan itu telah menjadi asam garam dunia pengangguran. Bak kata orang, yang cepat akan maju ke hadapan dan yang lambat akan tertinggal di belakang.
Adakah kita tahu, bagaimanakah dan apakah yang menyebabkan seseorang itu tertinggal di belakang? Sebenarnya permasalahan ini berlaku disebabkan dari pelbagai aspek iaitu dari segi ekonomi, sosial, peribadi, bimbingan, sikap dan pelbagai aspek lain yang mungkin boleh dikaitkan dengan permasalahan itu.
Pertama sekali, keciciran seseorang pelajar itu kemungkinannya terjadi akibat dari sikap negatif pelajar itu sendiri. Ini juga mungkin boleh terjadi akibat dari ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang masalah anaknya. Dalam hal demikian kita perlulah memandang lebih serius lagi kerana keciciran pelajar, sudah masuk tahap yang membimbangkan. Contohnya seperti seorang bapa tidak mengambil berat tentang hal pelajaran anaknya. Ini mungkin terjadi di kalangan masyarakat kampung khususnya. Mereka selalu tertekan dengan pelbagai masalah lain seperti kewangan.
Kekurangan mata pencarian bermakna kekurangan sumber ekonomi. Jikalau si ayah bekerja sebagai penoreh getah dan menyara perbelanjaan sekolah sepuluh orang anak serta kadangkala tidak dapat menoreh kerana hari hujan contohnya ataupun sebab-sebab lain yang mungkin timbul. Lalu, dengan hati yang terpaksa, ia memberhentikan si anak daripada persekolahannya. Tentunya si anak itu akan berasa kecewa dengan tindakan ayahnya dan terpaksalah ia duduk di rumah menolong apa yang patut ditolongnya.
Selain daripada masalah-masalah ini, ada juga masalah lain misalnya sikap lekas berputus asa contohnya sekiranya seorang pelajar dari tingkatan tiga, telah gagal dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), selalunya pelajar ini malu dengan kegagalannya dan ia terus mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Sebenarnya keputusan ini adalah tidak wajar bagi seseorang pelajar. Sebaiknya ia perlulah mengambil peperiksaan itu buat kali keduanya. Kemungkinan di atas usahanya dan dengan keizinan Allah SWT dia akan berjaya pula. Kata orang “gagal kali pertama bukan bermakna gagal selamanya“.
Masalah lain seperti kesihatan, pengaruh kawan dan penyalahgunaan dadah adalah satu aspek yang menyebabkan keciciran pelajar itu sendiri. Sebenarnya pelajar selalunya terdedah dengan penghidupan masyarakat moden. Oleh itu mereka mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan oleh segelintir masyarakat itu. Bagaimanakah kita mengatasi masalah ini? Sebenarnya ini boleh diatasi dengan memberi kesedaran kepada pelajar itu sendiri.
Masalah-masalah lain seperti kurang bimbingan dan kurang pendisplinan diri pelajar-pelajar itu sendiri. Oleh sebab itu kita perlulah sedar dari sekarang kerana jika kita biarkan, ia akan terus bermaharajalela.
Bagi penganggur pula, mereka selalu dikaitkan dengan pengganguran. Sekarang ini ramai penganggur yang keluar dari pusat pengajian tinggi atau lebih popular dengan nama ‘penganggur terhormat‘. Mereka ini adalah lepasan universiti, institut-institut dan pembelajaran di seberang laut.
Masalah yang pertama kemungkinan terjadi masa kini ialah suka memilih kerja. Mereka ini lebih mengharap dengan kerja yang setaraf dengan kelulusan mereka. Tetapi adakah ia tercapai dengan bertambahnya graduan-graduan yang menganggur? Cubalah kita fikirkan tentang masalah ini.
Selain dari sebab yang disebutkan di atas ada juga masalah lain seperti kurangnya peluang pekerjaan. Memandangkan jumlah siswazah menganggur yang semakin bertambah sekarang ini, peluang-peluang pekerjaan semakin berkurangan dan penganggur yang bukan siswazah hanya duduk di tepi jalan melihat orang yang lalu lalang. Mereka ini membuatkan bilangan penganggur di negara kita ini bertambah dan peluang-peluang pekerjaan pun berkurangan. Adakah pihak kerajaan yang patut disalahkan kerana tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur terutama para siswazah? Tetapi cubalah kita fikirkan bersama bagaimana untuk mengatasinya.
Selain dari ini ada lagi masalah yang menyebabkan pengangguran semakin bertambah. Seperti sikap generasi yang suka membanggakan kelulusan anaknya dan satu lagi ialah penganggur yang tidak berpelajaran. Contohnya ialah anak-anak muda di kampung. Mereka ini suka menghabiskan masa tanpa kerja-kerja yang berfaedah.
Kesimpulannya, terdapat banyak perbezaan di antara keciciran dan pengangguran pelajar. Jika kita tiada pelajaran bermakna kita akan terus menganggur, seperti kata orang “”. Hanya dengan usaha sahaja kita boleh memperolehinya. Usaha itu tanda kejayaan. Oleh itu berusahalah dari sekolah untuk mempertingkatkan produktiviti negara.
Artikel ini ditulis oleh Zulina Haji Mohamed Saidin merupakan ex-SMGRian tahun 1991 dan artikel ini pernah disiarkan di majalah Eureka Jilid 1 Isu kedua. Kepada penulis artikel ini sekiranya anda terjumpa blog ini, sila tinggalkan komen.
No comments:
Post a Comment