Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 17, 2014

Bahaya baran


Tahap kesabaran kita sering kali diuji di rumah, tempat kerja dan pelbagai lagi keadaan yang lain.

Namun, jika kita tidak mengawal perasaan itu ia sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan seseorang individu itu.

Ia berdasarkan kajian daripada Universiti New York, Daniel Baugher yang dilakukan ke atas peserta yang berusia 18 hingga 30 tahun.

Perkara tersebut sebenarnya mendedahkan golongan itu kepada risiko tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Walau bagaimanapun, masalah tersebut boleh ditangani dengan baik dengan mengambil nafas dari dalam dan bertanya kepada diri sendiri adakah penting untuk menjadi marah.

- Kosmo!

No comments: