Pengikut dan Ex-smgrian
Wednesday, April 2, 2014
Universiti al-Azhar
Universiti al-Azhar (atau juga al-Azhar al-Shareef bermaksud Azhar yang Mulia), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan.
Mula dibina pada 969 SM, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.
Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (memerintah 909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.
Dinasti Fatimid di Mesir, keturunan Fatimah, anak perempuan Rasulullah SAW. Fatimah dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar), dan universiti ini mengambil nama tersebut sebagai penghormatan kepada beliau.
Pengajian bermula di al-Azhar pada bulan Ramadan, 975 SM. (Jamiah) Universiti memiliki fakulti dalam Undang-undang Islam dan perundangan (jurisprudence), nahu Arab (Arabic grammar), Ilmu Falak (Islamic astronomy), falsafah awal Islam, dan logik.
Pada abad ke-12, dengan kejatuhan dinasti Shia Fatimid, Sultan Saladin (pengasas Dinasti Ayyubid Sunni) menukar al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafiite.
Pada 1961, al-Azhar dirombak kembali di bawah kerajaan Presiden Mesir kedua, Presiden Gamal Abdel Nasser dan beberapa fakulti sekular ditambah ke universiti tersebut, seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian. Fakulti wanita Islam turut ditambah pada tahun yang sama.
sumber: Artikel Universiti al-Azhar di Malaysia, suatu berita gembira oleh Zaini Hassan, Utusan Malaysia 28 Ogos 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment